Jin memang wujud. Orang Islam wajib percaya akan wujudnya
makhluk jin karena ia disebut di dalam Al Quran. Firman Allah:
Maksudnya; "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku". (Az-Zaariat:56)
Tuhan ada berfirman bahwa alam yang diciptaNya ada dua bentuk.
Ada alam ghaib dan ada alam nyata atau alam syahadah. Alam
nyata ialah alam yang mata lahir dapat nampak. Alam ghaib, mata
lahir tidak dapat nampak tetapi dapat dirasakan oleh hati.
Merasakan wujudnya alam ghaib dengan hati ada dua peringkat.
Pertama, terasa akan adanya alam ghaib itu. Yaitu yakin dan percaya
tentang alam ghaib semata-mata berdasarkan rasa saja. Tidaklah
sampai dapat melihat seperti mata lahir . Peringkat kedua ialah
hati dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Bukan sebatas
rasa saja tetapi mata bathin dapat melihat seperti mana mata lahir
melihat. Yakni betul-betul nampak.
Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan. Tuhan juga
ghaib tetapi Tuhan bukan alam. Tuhan itu tersendiri. Maha Suci
Tuhan dari menyerupai alam. Alam adalah apa saja selain Tuhan. Alam
adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk. Tuhan itu Pencipta atau
Khaliq. Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam.
Alam ghaib ini ada beberapa kategori. Yang tertinggi ialah alam
malaikat. Kedua alam jin dan ketiga alam ruh muqaddasah. Malaikat
diceritakan dalam Quran dan Hadis. Malaikat lebih dahulu diciptakan
dari jin. Ia dijadikan dari cahaya manakala jin dicipta dari api.
Oleh itu malaikat lebih ringan ciptaannya dari jin karena cahaya
lebih ringan dari api. Sebab itu juga bilangan malaikat lebih ramai
dari jin. Nisbahnya pada setiap sepuluh malaikat satu jin. Juga
disebabkan malaikat dicipta dari cahaya, perjalanannya lebih cepat
dari jin.
Jin pula lebih dahulu dicipta dari manusia. Kalau jin dijadikan
daripada api, manusia dijadikan daripada tanah. Sebab itu manusia
berbentuk jisim yang pejal, lebih lambat pergerakannya. Sebab itu
juga jin lebih ramai bilangannya daripada manusia. Nisbahnya setiap
sepuluh jin satu manusia. Malaikat lebih ramai dari jin dan jin
pula lebih ramai dari manusia dengan nisbah 10:1 .
Ruh muqaddasah pula sebenarnya adalah manusia. Muqaddasah
itu maksudnya suci. Roh muqaddasah ialah ruh yang suci. Ruh
muqaddasah atau ruh yang suci ini peranannya lebih kuat dari
peranan jasad. Ruh muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih
aktif dari fisiknya.
Ruh muqaddasah ini pula, ada ruh orang yang masih hidup dan ada
ruh orang yang sudah mati. Sebab itu, tidak heran orang yang kasyaf
kadang-kadang dapat melihat orang yang masih hidup di suatu tempat
sedangkan fisiknya yang sesungguhnya berada di tempat lain. Ada
juga orang kasyaf yang melihat ruh muqaddasah orang yang sudah
mati. Oleh karena umumnya ruh muqaddasah tidak dapat dilihat oleh
mata kasar, maka ia dikatakan ghaib juga.
Jadi , ruh muqaddasah ini, walaupun fisik hidup atau mati,
ruhnya sangat berperanan. Namun , ruh muqaddasah orang yang sudah
mati lebih berperanan dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup.
Ini karena orang yang masih hidup masih terikat dengan jasad lahir.
Kalaupun ruhnya dapat keluar secara halus, secara mata tidak dapat
lihat, dia tetap masih terhubung dengan jasad lahirnya. Ini tidak
berlaku kepada ruh orang yang sudah mati. Itu sebab ruh muqaddasah
orang yang sudah mati lebih laju dan lebih aktif dari ruh
muqaddasah orang yang masih hidup.. Contohnya, kalau ada dua orang
wali, yang kedua-duanya sudah menjadi ruh muqaddasah, kalau seorang
masih hidup dan seorang lagi sudah mati, ruh wali yang sudah mati
itu akan lebih berperanan, lebih aktif dan lebih laju bekerja dari
ruh wali yang masih hidup.
Berbalik kepada kisah jin, dia ada dua peringkat. Ada jin Islam
dan ada jin kafir. Jin ini pula macam manusia juga. Dia ada
bermacam-macam jenis, bangsa dan etnik. Tabiat bangsa dan etnik jin
inipun tidak sama di antara satu dengan lain.
Seperti juga manusia yang banyak bangsa dan etnik, tabiat dan
ragam asli antara etnik tidak sama. Bangsa Cina dan Melayu ada
watak-wataknya yang tersendiri. Orang Putih (Barat) ada wataknya
yang tersendiri pula. Bahkan etnik dalam satu rumpun bangsa pun
wataknya tidak sama. Orang Banjar dan orang Jawa, wataknya berbeza.
Malahan orang Melayu yang berlainan kawasan pun berbeda wataknya.
Orang Melayu Johor dan Melayu Kelantan lain. Mereka ini
sedikit-sedikit ada perbedaan watak. Begitu juga jin. Ada yang
kasar dan ada yang lembut sedikit. Ada yang garang dan ada yang
sederhana.
Jin itu watak asalnya jahat. Betapalah jenis yang kasar, dia
lagi jahat. Sebab itu dikatakan, sebaik-baik jin adalah
sejahat-jahat manusia. Kalau kita pilih seorang manusia yang paling
jahat, kalau dia jin, dia adalah yang paling baik.
Namun demikian, jahatnya jin itu ada juga batasnya. Tidak ada
jin yang sebegitu jahat sampai mengaku dirinya Tuhan seperti Firaun
dan Namrud. Tidak ada pula jin yang sebegitu baik sampai mengatasi
baiknya Rasulullah dan para Nabi. Para Nabi dan Rasul tidak
diangkat dari kalangan jin. Umumnya jin lebih jahat dari manusia
tetapi tidak ada yang ekstrem jahatnya seperti Firaun dan Namrud
dan tidak ada yang ekstrem baiknya seperti Rasulullah SAW. Hanya
manusia yang ada baiknya secara ekstrem dan jahat secara
ekstrem.
Jin ini melihat Iblis dan bergaul bersama-samanya di alam ghaib.
Jin Islam bergaul dengan jin kafir. Mereka makan bersama, bekerja
bersama, berniaga bersama, ada yang menikah antara satu sama lain,
sama-sama duduk dalam satu kantor, sama-sama jadi kerani (clerk)
dan sebaginya. Sebab itu jin Islam lebih banyak dirusakkan oleh
jin-jin kafir. Sebab mereka bergaul bersama dan mereka sama jenis.
Mereka mudah terpengaruh.
Macam kita manusia juga, kalau bergaul dengan bangsa jahat
seperti orang Barat dan Yahudi, habislah kita jadi Barat dan
Yahudi. Semuanya dapat bertukar jadi Barat dan Yahudi. Yang tidak
dapat bertukar hanyalah warna kulit dan bentuk hidung. Ini musti
buat operasi pelastik.
Jin kurang berhasil dalam usaha merosakkan iman manusia
berbanding iman sesama jin. Ini karena manusia dan jin berlainan
jenis, dan manusia tidak dapat nampak dan tidak dapat bergaul
dengan mereka. Itupun banyak manusia yang kafir, banyak yang zalim
dan yang fasik. Betapalah kalau jin dan manusia sama-sama dapat
bergaul.
Bila jin menjadi kafir, dia dipanggil syaitan. Syaitan itu
maksudnya merasuk. Kerja jin kafir atau syaitan ialah merasuk dan
menyesatkan orang. Jin Islam tidak dapat dikatakan syaitan.
Kehidupan jin betul-betul macam manusia. Ada kerajaannya, ada
masyarakat, ada kantornya, ada mahkamahnya, ada nikah kahwin.
Tempat tinggal jin ajaib dan aneh. Ada yang tinggal di
gunung-gunung, hutan-hutan, laut, kawasan sungai dan hulu-hulu
sungai. Ada juga jenis jin yang bergaul dengan manusia.
Jin yang tinggal di suatu negara, biasanya ikut bahasa manusia
setempat. Kalau di Tanah Arab, jin berbahasa Arab, kalau di Tanah
Melayu, jin berbahasa Melayu. Dia tidak tahu bahasa Arab. Kalau jin
yang duduk di Negara Cina maka bahasanya bahasa Cinalah. Mereka pun
belajar dan berguru dengan manusia.
Rupa asal jin sangat hodoh (jelek) dan buruk. Ia menakutkan.
Kalau manusia terlihat jin ini hidupnya jadi huru hara dan
ketakutan. Manusia tidak akan aman. Dengan rahmat Tuhan, alam jin
dihijab (ditutup) dari pandangan manusia. Tetapi alam manusia tidak
dihijab dari pandangan jin. Sehodoh-hodoh manusia adalah
secantik-cantik jin.
Walaupun rupa asal jin itu jelek tapi dia dapat menyerupai
berbagai rupa. Dia dapat merupa benda seperti kain, tas, batang
kayu, binatang dan juga manusia, tetapi paling banyak dia
menyerupai binatang. Ini termasuklah ular, kala jengking, lipan dan
jenis-jenis binatang lain yang berbisa. Kalau dia menyerupai
binatang seperti ini, rupanya lebih aneh dan lebih hebat dari yang
biasa. Kalau dia dibunuh ketika dia sedang menyerupai binatang ,
dia akan mati
Sebab itu Tuhan ajar kita, kalau jumpa binatang berbisa di
tengah jalan atau di dalam rumah, musti berhati-hati. Jangan
langsung bunuh walaupun dalam Islam hukumnya sunat. Usir dua tiga
kali dahulu. Kalau dia tidak lari baru dibunuh. Takut-takut dia
adalah jin yang sedang berubah bentuk. Kalau kita terus bunuh dan
dia sebenarnya jin yang sedang merupa, mungkin keluarganya akan
marah dan akan bertindak terhadap kita. Banyak orang yang dirasuk
dan diganggu oleh jin disebabkan mereka ada buat silap dengan jin.
Kalau setelah dihalau dua tiga kali tetap juga tidak pergi maka
jelas itu bukan jin. Dapat kita bunuh.
Ada cerita dalam kitab, seorang soleh telah membunuh seekor
ular. Maka pada malamnya, dia ditangkap dan dibawa oleh jin ke
negeri jin. Di negeri jin itu berjalan hukum Islam. Hakim jin itu
pun Islam. Maka orang soleh dan keluarga jin yang dibunuh oleh
orang soleh tadi dibawa ke mahkamah. Bila perbicaraan bermula maka
menangislah keluarga jin sambil berkata kenapa ahli keluarga mereka
dibunuh. Bila hakim jin bertanya kepada orang soleh tersebut
mengapa dia bunuh ular itu, dia menjawab karena dalam ajaran Islam,
sunat hukumnya saya membunuh ular dan binatang-binatang yang
berbisa. Saya buat atas arahan Tuhan dan saya dapat pahala. Yang
salah adalah orang Tuan. Kenapa dia merupa ular. Salah dialah. Saya
musti bunuh ular karena itu sunat hukumnya.
Hakim jin menghukum bahwa yang salah dalam kes (kasus) ini bukan
manusia tetapi pihak jin. Dia batalkan tuduhan. Hakim arahkan
polisi jin supaya mengembalikan orang soleh itu kembali ke alam
manusia. Kalau dia bukan orang soleh dan tidak dapat menjawab sudah
tentu dia kena hukum. Orang soleh itulah yang menulis kisah ini
dalam kitab. Hujah ini hujah yang kuat.
Umur jin sangat lama berbanding umur manusia yang lebih kurang
63 tahun. Jin dapat hidup sampai 1500 tahun hingga 2000 tahun. Ada
jin yang hidup di zaman Rasulullah SAW yang masih hidup pada hari
ini.
Makanan jin adalah wap (uap) dari tulang dan tulang sum-sum
binatang. Itu sebab dalam syariat Islam makruh kita memakan tulang
dan tulang som-som. Ada lagi cerita tentang jin dalam kitab.
Sesetengah orang soleh dapat menundukkan jin, mengguna dan
memperalatkan mereka. Kita tahu, dalam sejarah, ada sahabat yang
hilang unta di padang pasir. Di padang pasir banyak rijalul ghaib.
Mereka berkata; Ya Rijalul ghaib, kembalikan untaku yang hilang.
Maka unta itu dikembalikan. Ini tawassul namanya.
Pernah Rasulullah SAW berjalan-jalan dengan beberapa orang
sahabat dan singgah di suatu kampung jin. Rasulullah beritahu para
sahabat supaya tunggu dan jangan ikut, sebab dia mahu masuk ke
kampung jin untuk mengajar . Cerita ini masyhur dalam sejarah. Para
sahabat hanya melihat asap. Sebab adakalanya jin menyerupai asap
karena dia berasal dari api. Tetapi Rasulullah melihat betul-betul
jin itu dan mengajar mereka pula.
Ada cerita tentang Nabi Sulaiman di dalam Quran yang hendak
membawa istana Balqis dari Yaman ke Palestin yang jauhnya
beribu-ribu mil. Antara mukjizat Nabi Sulaiman diperintahnya jin
untuk membawa istana tersebut. Jin pun bari tahu dia akan bawa
istana itu kepada Nabi Sulaiman selama mana Nabi Sulaiman berubah
tempat. Tidakkah itu hebat.
Namun ada lagi yang lebih hebat. Seorang wali Allah yang bernama
Asif Barhaya yang turut berada dalam majlis itu berkata saya dapat
pindahkan istana Balqis ke hadapan tuan dalam sekelip mata. Maka
tertantang jin. Dia hendak ambil hati Nabi Sulaiman dan hendak
tunjuk bahwa dia gagah. Tetapi ada manusia bertaraf wali yang
menantang dia.
Rupanya di sini kalau ruh muqaddasah bekerja, jin pun dapat
kalah. Rasulullah dapat tundukkan jin. Para wali juga dengan
karomah mereka dapat menundukkan jin dengan kekuatan diri mereka
sendiri. Tetapi kalau ada murid yang dapat nampak jin atau dapat
gunakan jin, dan merasakan itu adalah karena berkat gurunya, maka
dia akan selamat. Yang tidak selamat biasanya orang yang kasyaf,
nampak jin dan dapat guna jin tapi tidak ada guru atau ada guru
tetapi hatinya telah berubah. Dia rasa bukan berkat gurunya lagi
tetapi dia rasa dirinya sudah jadi wali, sudah ada karomah sendiri.
Itu yang rosak. Orang yang dapat arahkan jin dan nampak jin dengan
berkat gurunya, kalau dia berhadapan dengan jin yang garang sangat
atau degil sangat, maka biasanya ruh muqaddasah gurunya turut hadir
atau dia jual nama gurunya.
Begitulah rahsia jin. Jin ada disebut dalam Quran dan dalam
hadis. Siapa menolak kewujudan jin ertinya dia menolak Quran dan
Hadis. Jin macam malaikat juga. Quran kata ada, adalah. Tetapi
aneh, tentang malaikat banyak orang terima tetapi tentang jin
banyak orang tolak. Yang dikatakan orang Bunian, Kuntilanak,
Pelesit, Tuyul, Polong, Langsui, Hantu Raya dan berbagai-bagai lagi
itu asalnya ialah jin. Oleh karena sukunya dan perangainya tidak
sama maka orang bedakan dengan nama-nama yang berlainan.
Adapun orang yang berhubung dengan jin atas dasar mukjizat dan
karomah, maka dia kuat. Jin pun takut dan hormat pada dia. Orang
yang dapat berhubung dengan jin atas dasar berkat tuan guru, dia
tidak dapat sekali-kali terputus dengan gurunya. Orang yang
berusaha untuk berhubung dengan jin, itu dinamakan amalan atau ilmu
khadam. Bahaya ilmu dan amalan khadam ini, dia terpaksa tunduk
dengan jin. Jin akan bagi syarat buat begitu dan buat begini.
Kadang-kadang arahan jin itu bertentangan dengan syariat. Ini yang
rusak.
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar
Terima Kasih Sudah Berkunjung ,, Jangan Lupa Berikan Komentarnya Untuk Artikel Ini