Di hari akhirat, ada 4 golongan
lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah
mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar
ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji &
sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya
dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan
ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di
dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”
Harga seseorang muslim adalah
sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,
semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah
tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji
dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar
Terima Kasih Sudah Berkunjung ,, Jangan Lupa Berikan Komentarnya Untuk Artikel Ini